TELEFON MURAH

BLOG INI DICIPTAKAN KHAS UNTUK PEMBELI DAN YANG INGIN MENJADI AGEN TANPA MENGELUARKAN MODAL. KALAU TIDAK PERCAYA SILA SMS ATAU WHATSAPP UNTUK KETERANGAN LANJUT..

JENIS TELEFON

  • CLONE KOREA
  • S4 AIR VIEW
  • Samsung S4 KING 429 32GB (HD)
  • Samsung S4 ( GT-i9500 )
  • Samsung S4 gt-9500
  • Samsung S4 Mini
  • Samsung Grand Duos Clone
  • Samsung Galaxy Note II Clone (V10)
  • Samsung Note2 V7
  • Samsung Note2 Mushroom
  • Samsung S3 Clone (1gb)
  • Samsung S3 Mini
  • ACE CLONE ANDRIOD 5830
  • iPhone 5
  • Perbezaan Note 2
  • HARGA AGEN

Saturday, April 27, 2013

TELEFON MURAH DI MALAYSIA

TELEFON MURAH DI MALAYSIA

 
Dicatat oleh Unknown di 9:09 PM 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: handset clone, handset murah, hset clone, hset murah, telefon bimbit clone, telefon bimbit murah, telefon clone, telefon murah
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SEMAKAN

POS LAJU

APA ITU DROPSHIP?

Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri. BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI? Dropship berfungsi sangat mudah:1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers. 3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!

APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?

Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:1) Anda tidak perlu stok mengambil atau menyimpan stok sebagai persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.2) Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1- 3 hari waktu bekerja.3) Anda akan dapat menambah produk kami ke laman web / blog/ facebook anda. Kami akan beri LINK untuk mengimport semua produk kami sekali gus. Jadi anda tidak perlu copy dan paste satu persatu gambar di laman web yang pasti memenatkan dan memakan masa.4) Penghantaran kami adalah dalam MALAYSIA dan juga Luar Negara.Dropship berfungsi sangat mudah:1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers. 3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan SEMUA ini untuk anda!Keuntungan utama adalah untuk anda. Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.

PENERANGAN DAN PEMAHAMAN ORI, AP DAN CLONE SET


Perbezaan Original Set , AP Set dan Clone

Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada
handphone yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan
perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami di ingin
berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharap selepas anda membaca artikel ini,
anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit.Jika ada
kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapat memberi teguran.

DEFINISI

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan
original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh
company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT
dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang
diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar
NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX,
Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.
Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang
menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah
set baru dari NOKIA tetapi AP.
Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set
dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set
recondition (atau recond)

Clone set adalah rekaan telefon yang dicipta hampir sama dengan
original set lebih kurang 95%. Perlu diingat 95% itu adalah rekaan atau design.
Contoh pada masa sekarang Pen Stylus dari Model Samsung tidak akan sama dengan
yang Original. Manakala sistem dalaman adalah lebih kepada sistem Andriod
seperti yang Original. Clone Set yang terkenal pada masa ini adalah Samusung
dan I Phone. Buat masa sekarang I Phone 5 adalah clone paling hebat yang hampir
99% sama dengan Original sama ada dalaman dan luaran dan juga kelebihan I phone
yang menggunakan sistem Andriod ini adalah boleh menggunakan BLUETOOTH tidak
seperti Original I phone.

Dari segi kualiti, tidak semuanya telefon clone bagus.
Nisbah kualiti telefon yang saya kaji adalah 1:20 dimana (1) itu telefon yang bermasalah
manakala (20) itu adalah telefon yang baik. Harus diingat kualiti clone tidak
sama seperti Original Set dan AP Set. Tidak kira sama ada dalaman ataupun
luaran sebab itu kita sendiri boleh tengok sendiri harga telefon tesebut.
Misalnya Samsung Original RM1900 manakala Samsung AP RM1700 tetapi Samsung
Clone RM700. Harga perbezaan berkali ganda ini menyebabkan kualiti tidak sama
seperti gambar dan video serta audio dibandingkan dengan Original.

Jika terdapat masalah perlu menghantar semula untuk dibaiki samada
pos atau pergi sendiri ke kedai yang bertanggungjawab selalunya terdapat
warannty sama ada 6 bulan atau setahun mengikut kedai yang mengeluarkan telefon
tersebut.

WARRANTY

Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 12 BULAN atau
lebih untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1
BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan charger. Warranty pula adalah
dari company supplier, bukan dari NOKIA atau pun SAMGSUNG
Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM,
COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau
yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan
Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud
berdekatan tetapi tidak semua.
Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di kedai telefon, pembeli kena menghantar
set mereka yang rosak kembali ke kedai telefon tersebut walaupun mereka telah
berpindah ke tempat lain.
Warranty Original set pula datangnya dari Zithron, SME atau company original
yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUNtermasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh
kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi
kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana
mana kedai yang berhampiran di negeri itu.

HARGA

Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi
murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM
800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan
harganya.
Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang
dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang
kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu
warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat
warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru
sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.

Lain-lain

Underwater set
Pernah dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang dan
pertama kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap,
underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui
pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.

Recon set (atau recondition)
Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan
harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah
hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang
meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set).
Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada
mungkin akan masuk perangkap recon!
Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan
kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah
randah, selalu risau terhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang
anda dan seorang yang sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah
pilihan anda.


Picture Window theme. Powered by Blogger.